Kerana Hati Itu Seringkali Dilukai….




Untuk menjaga sebuah hati begitu sukar, kerana ia seringkali terluka dan berdarah. Hati ibarat sebuah cermin yang terlihat indah tapi ia begitu rapuh dan mudah pecah, walau dijaga sebaiknya dan serapi yang mungkin ia tetap rapuh. Sebuah ‘Hati’  cermin, apabila ia pecah “Terlerai” ada yang bisa dicamtumkan semula tetapi akan meninggalkan sebuah kesan calar yang sangat mendalam dan sukar diubati, jika ia terlalu terluka cermin juga bisa menjadi serpihan-serpihan kecil dan boleh melukai orang lain, Begitu juga sebuah hati. Hati seringkali terluka kerana sebuah keaadaan dan sesuatu perkara, kadangkala hati menjadi mangsa keadaan, walau cuba dielakkan ia tetap terluka. Hati yang terluka itu begitu sukar untuk disentuh dan diubati dengan mudah.


Cermin tidak mampu untuk menipu, apa yang digambarkan oleh sebuah cermin adalah kebenaran yang berada dihadapannya, terpulang kepada kita bagaimana untuk mengayakannya baik mahupun buruk. Orang kerap kali berkata jika mahu melakukan sesuatu perkara kita seharusnya “mencermin diri sendiri terlebih dahulu” Benar! Tapi apa yang mereka lihat sebenarnya adalah apa yang sebuah cermin gambarkan. Hanyalah luaran diri ,jauh dari hati tiada siapa yang mengetauhi apa yang sebenarnya berlaku, sedih , marah , terluka , kesepian , gembira dan sebagainnya.

Kadangkala kita terasa begitu takut jika hati kerap kali terluka,begitu takut melalui hari-hari yang begitu melukakan, melalui hari-hari esok yang begitu menyiksakan kerana sebuah hati tidak bisa untuk berbicara apa yang bisa ia lakukan adalah untuk merasakan sesebuah perasaan.






( I’m holding my tears from falling down, feeling… and this feeling of love from you, I tough I never know  you, because I never seen you, when hear you are, all this time, trying to teach me about what love is? True break down, make down, stress up, and crash down, there you are, here you are, all this time, trying to let me know how it feels, to appreciate what I finally feel, what love is? And now I can believed life could be this beautiful…..life could be this beautiful…. that I can being this happy, and holding this happiness , I tough I want to die just now, because I choose this way, I never feel this ways as long I live. Not one, as real at this time, sometimes I lost my  wing and I never know where it is, I can’t find it, but I know this is not my fault but it  is you,  trying to let me know that i deserved  love and I deserved a happiness and finally it become real) {The Unspoken} ~ A Letter To God~ by: Marshanda…..





Do'a Dan Anugerah Tuhan...........

Cont'.............................. Tomorrow

Perhubungan Itu... Amat bermakna


Apakah yang kita faham dengan maksud "Perhubungan"? Perhuhungan adalah suatu perkara yang pada asalnya bermaksud "Hubung, berkaitan dan berkait rapat"  Perhubungan yang terjalin diantara manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan. Perhubungan dianggap terlalu istimewa bagi setiap orang di dunia, untuk menjalin dan dijalinkan diantara satu sama lain dari situ perasaan kasih sayang kita mula hadir. Kadang kala bila sesuatu perhubungan yang telah terbina dengan lama bisa runtuh dengan sebegitu mudah oleh kerana hasutan demi hasutan dari mereka yang dibuat, mereka yang sangat cemburu dengan sesuatu perhubungan, melalui perhubungan dengan ibu bapa, rakan baik, hubungan bersama suami dan sebagainya, Anything can happen to us kan. Mereka yang cemburu selalunya memerlukan lebih perhatian dari kita yang mungkin kita tidak perasan, orang disamping kita yang begitu ambil berat memberikan perhatian tapi malangnya kita terlupa ataupun kita tidak pernah perasan akan kehadiran mereka, disitu bila memberikan lebih perhatian terhadap orang lain timbul perasaan iri hati, sakit hati amarah, permulaan bagi mereka memulakan perasanan bercerita keburukan mangsa tersebut, walaupun kita tahu yang dia tidak mengetauhi akan hal yang sebenarnya "Adakah kita perlu tahu" jawapan yang terbaik adalah ia. Dan ia juga boleh terjadi jika ada rakan yang baru kita kenali dan mempunyai perasaan iri hati, mungkin kita lebih mempercayainya dari rakan atau orang yang lama telah kita kenal, akan tetapi dengan hanya kesalahan kecil yang pernah dibuatnya kita cuba menjauhkan diri lalu meninggalkannya sendirian walaupun kita tahu yang kita terlalu menyayanginya dan terlalu banyak moment kita bersamanya, susah senang tapi demi sebuah keegoan dalam diri yang tinggi bisa terhapus segala kenangan dan perhubungan yang telah lama terbina itu. Adakah kita perlu melepaskannya? Tanya diri anda kembali, adakah kita terlalu ego? adakah kita tidak pernah melakukan kesalahan yang menguris hatinya dalam sedar mahupun tidak, adakah anda perasan? Ada rakan kita mengambil jalan yang terbaik untuk melangkah pergi dan meninggal kita, menipu, mengadakan sesuatu cerita demi untuk menjaga hati kita, walaupun dia tahu meninggalkan orang yang mereka sayang sangat menyakitkan, sangat menguris hati, tapi demi menjaga hati dia melangkah pergi dan menjauh dari kita, dari jauh dia melihat kita dengan tangisan mengharap kita akan memaafkan dirinya, jika ia iklas didalam sesuatu perhubungan dengan anda, anda sendiri dapat merasakannya sendiri, gerak hati yang membaca dan memberi tahu dia adalah seorang yang iklas, setiap perhubungan yang terjalin sangat indah bila ia dapat disentuh, dirasa, dan ditangisi serta dipelihara dengan sebaik mungkin, bagaimana untuk memeliharanya? Adalah dengan memaafkan dan dimaafkan, belajar berterus terang dalam semua keadaan, meminta pandangan dan pendapat, bertolak ansur, dan mengiklaskan setiap perkara yang dilakukan di dalam perhubungan tersebut walau sesukar mana belajar untuk memaafkan, menerima pandangan, dan kritikan, mendengar alasan yang diberikan, memperbetulkan hubungan selagi kita mampu lakukan, tapi kita belajar melepaskannya, apa yang kita temui di masa hadapan di dalam sesuatu perhungan itu mungkin tidak akan sama seperti hari ini lagi, kita akan menjali perkara dan pengalaman baru dalam hubungan itu. Insyaallah selagi ia bisa dipelihara, peliharalah ia... Kerana Kasih sayang, kehadiran, perhubungan, pertemuan telah diaturkan olehnya kepada kita :) Tiada perhubungan tiada juga kasih sayangkan.....