
Untuk menjaga
sebuah hati begitu sukar, kerana ia seringkali terluka dan berdarah. Hati ibarat
sebuah cermin yang terlihat indah tapi ia begitu rapuh dan mudah pecah, walau
dijaga sebaiknya dan serapi yang mungkin ia tetap rapuh. Sebuah ‘Hati’ cermin, apabila ia pecah “Terlerai” ada yang bisa
dicamtumkan semula tetapi akan meninggalkan sebuah kesan calar yang sangat mendalam
dan sukar diubati, jika ia terlalu terluka cermin juga bisa menjadi
serpihan-serpihan kecil dan boleh melukai orang lain, Begitu juga sebuah hati. Hati
seringkali terluka kerana sebuah keaadaan dan sesuatu perkara, kadangkala hati
menjadi mangsa keadaan, walau cuba dielakkan ia tetap terluka. Hati yang
terluka itu begitu sukar untuk disentuh dan diubati dengan mudah.

Cermin
tidak mampu untuk menipu, apa yang digambarkan oleh sebuah cermin adalah
kebenaran yang berada dihadapannya, terpulang kepada kita bagaimana untuk
mengayakannya baik mahupun buruk. Orang kerap kali berkata jika mahu melakukan
sesuatu perkara kita seharusnya “mencermin diri sendiri terlebih dahulu” Benar!
Tapi apa yang mereka lihat sebenarnya adalah apa yang sebuah cermin gambarkan. Hanyalah
luaran diri ,jauh dari hati tiada siapa yang mengetauhi apa yang sebenarnya
berlaku, sedih , marah , terluka , kesepian , gembira dan sebagainnya.
Kadangkala
kita terasa begitu takut jika hati kerap kali terluka,begitu takut melalui
hari-hari yang begitu melukakan, melalui hari-hari esok yang begitu menyiksakan
kerana sebuah hati tidak bisa untuk berbicara apa yang bisa ia lakukan adalah
untuk merasakan sesebuah perasaan.
.jpg)
No comments:
Post a Comment